21 February 2008

Check Net (Satu Hobi Satu Hati) di V44

Assalamualaikum,

Malam ini (Rabu : 21 Februari 2008) merupakan mlm bertuah dan paling bermakna di ruang udara Ipoh, malam di mana suatu sejarah telah dilakar demi mengukuhkan semula ukhwah di kalangan warga Radio Amatur di Lembah Kinta. Apa tidaknya, dengan niat setulus hati 9W2RIL (Abg Shahril) telah sanggup utk menjadi net controller di jaluran V44. Setakat "kawan" sempat utk bermonitor tadi, ramai rakan-rakan Radio Amatur di Lembah Kinta tlh turut serta memberikan sokongan. Malah "kawan" sempat utk turut sama memeriahkan net sekitar jam 2230 setelah mencuba buat kali ke-2. Sokongan rakan-rakan yg ingin turut serta menyebabkan jaluran agak sesak dan sukar utk ditembusi.

Tahniah juga dihulurkan kpd Abg Long di Vee99 (9W2HMI, Abg Hazli), yg tidak jemu-jemu utk memperomosi dan memberitahu rakan-rakan melalui SMS agar tidak lupa utk turut serta dlm Check Net di V44 pada malam ini. "Kawan" mengharapkan agar jaluran V44 selepas ini akan kembali meriah selaku jaluran yg tlh lama bertapak di Lembah Kinta. Cuma, sejak kebelakangan ini, jaluran ini semakin sunyi dan hilang keriuhannya.

Bagi "Kawan", kewujudan banyak jaluran di sesuatu lokalan bukanlah tanda perpecahan tetapi ianya menunjukkan bahawa perkembangan "Radio Amatur" begitu pesat apabila muncul banyak stesyen-stesyen baru sehingga menyebabkan satu lagi simplex baru terpaksa diwujudkan. Ini seiring dgn matlamat MCMC utk meramaikankan lagi stesyen-steysen radio amatur. Kewujudan simplex VEE99 dan V44 menandakan keakraban yg kembali terjalin di kalangan warga Radio Amatur di Lembah Kinta. Malah dgn perkembangan ini diharapkan akan lebih ramai lagi SWAL yang tampil utk QSO dan mempraktikkan apa yg dipelajari sblm memegang callsign sendiri.

Buang yang keruh, dan ambillah yg jernih (kata-kata drp 9W2AFR semasa check net) membuatkan kita rasa sungguh bermaknanya erti sebuah persahabatan dan persaudaraan di kalangan warga Radio Amatur khususnya di Ipoh dan amnya di mana jua kita berada.

Cerio, 73.....



P/S : SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE-3 BUAT HARMONIC "KAWAN" - NUR AINA NADHIRAH. PERTAMBAHAN SETAHUN LAGI UMUR BELIAU MENYEBABKAN "KAWAN" KEHILANGAN SETAHUN LAGI UMUR YANG DIPINJAMKAN OLEH ALLAH SWT. MAKNANYA SEMAKIN NAK TUA LE TU.... Hehehehe...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .