Awal pagi tadi, sekitar jam 0140 "kawan" memantau di jalur panjang ASTRA melalui repiter Larut mendengar QSO di antara 9W2PKK (Pak Abu), 9W2MOD (Mod) dan 9W2AWQ (Awi). Seronok juga mendengar QSO mereka, terpapar keakraban walau pun hanya bersua di ruang udara. Tidak beberapa lama kemudian, kedengaran rakan contact yang cuba masuk ke jaluran, tetapi gagal. Rakan-rakan yg sedang QSO pada masa itu menyangka ada ganguan yang melanda.
Kemudian barulah rakan tersebut dapat mencapai repiter dan menyatakan callsignnya. Rupa-rupanya Abg Zul (9W2FLY) yang sedang bermobile dari Buterworth menuju ke Pelabuhan Klang. Mungkin pada masa itu sarat dengan muatan. Apa yang membanggakan "kawan" ialah sikap profesional Abg Zul yang sudi meminta maaf secara terbuka di jalur panjang berikutan masalah yang timbul. Malahan sikap rakan-rakan yang lain juga turut profesional kerana sudi memaafkan sebelah pihak yang telah melakukan kesilapan yang kadang-kala bukanlah disengajakan.
Begitulah dunia Radio Amatur yang banyak kerenah, ragam, warna-warninya. Semakin lama mendekati hobi ini, semakin banyak pengalaman yang dapat dikutip dan dihayati. Cuma kadang-kala, "kawan" rasa agak terkilan dengan sikap sesetengah warga Radio Amatur yang sentiasa mencari masalah. Walau pun telah bereyeball, dan masing-masing telah setuju dengan apa yang telah diperbincangkan, tetapi selepas itu tetap tersemat rasa tidak puas hati. Lebih menyedihkan lagi apabila ada pihak yang sering menyatakan mereka sahaja di pihak yang betul. Untuk meminta maaf jauh sekali baik masa eyeball atau pun di udara, walau pun ternyata jelas mereka yang melakukan kesilapan tersebut. Keadaan sebegini menyebabkan memantau adalah lebih baik daripada join dalam QSO.
Entahlah....Itulah Dunia Radio Amatur, banyak ragam dan kerenahnya...
P/S : Sekali lagi tahniah kepada anda (9W2FLY, 9W2MOD, 9W2PKK dan 9W2AWQ) kerana semangat yang ditunjukkan, Semoga menjadi tauladan kepada rakan-rakan lain.
2 comments:
Terima kasih bebanyak atas penghargaan ni... alahai... dah hampir 3 tahun batu terjumpa posting ni... Mintak 'maaf sekali lagi'... :)
Aduyai... Terharu teman..
Post a Comment