Rasa terpanggil pula diri ini untuk menulis, walaupun sekarang ini hampir ketandusan idea untuk mencoretkan sesuatu ttg Radio Amatur. Hampir 9 bulan dah "kawan" memiliki AA sendiri secara langsung memiliki callsign sendiri. Rasa bangga ada, takjub pun ada....Maklumlah sudah memiliki sayap sendiri. Dalam 9 bulan itu jugalah berbagai pengalaman pahit manis, suka dan duka yang ditempuhi dalam dunia ini. Lucu ada, naik menyampah pun ada...Maklumlah dlm bidang ini, mcm "peel" yg boleh dilihat dan dijumpai, mcm-mcm ragam dan gaya. Bak kata model dlm sebuah iklan di saluran televisyen berbayar, "MACAM-MACAM ADA". Begitulah halnya dengan dunia ni....Fantastic dan Mengharukan...
Pengalaman ditegur? Berlambak...Tp "kawan" terima dengan hati terbuka, cuma satu kes sahaja yang membuatkan "kawan" fed-up dan menyampah. Dia kata "kawan" ada buat salah, dan ditegur secara direct di repiter, setelah "kawan" beberapa kali menerima SMS daripada dia. Walaupun "kawan" tahu dan yakin bahawa "kawan" tidak bersalah, "kawan: tetap meminta maaf. Tak tahulah apa yg menyebabkan dia tidak puas hati sangat.
Cuma satu sahaja "kawan" ingin memberi pandangan kepada rakan-rakan ni, jika boleh berilah pandangan dan teguran kita secara berhemah, kerana bukan semua manusia dapat menerima teguran kita, lebih-lebih lagi di jaluaran Radio Amatur. Kita juga boleh menegur, memberi panduan atau bertukar-tukar pendapat semasa kita bereyeball. Sekurang-kurangnya sambil bereyeball, hubungan kita akan menjadi lebih akrab. Kawan-kawan pun tak ada yang kecil hati...Malahan kawan-kawan pun tak anggap kita ni sebagai orang yang ingin tunjuk pandai...
Janganlah bersengketa sesama sendiri kerana di luar sana, ramai yang akan bertepuk tangan dan bersorak keriangan....
73, cerio, bye-bye...
No comments:
Post a Comment