05 April 2008

Alamak antena aku!!!

Inilah yang terjadi kepada antena di base station "kawan". Condong di tiup oleh angin, maklumlah di Ipoh sekarang ni musim hujan terutamanya di waktu petang. Itu yang membuatkan "kawan" banyak memantau rakan-rakan sahaja. Bukannnya tak ingin nak join QSO, tetapi tengah naik jemu, kebetulan pula tengah meneroka suatu yang baru ni. Masih berkaitan dengan komunikasi juga, tetapi bukanlah di radio cuma di tempat yang lagi satu.........
Insyaallah sedikit masa lagi antena tu akan diperbetulkan. walau pun senget "performance"nya tetap mantap. Masih dapat mendengar berita rakan-rakan. Terbaru mendengar perbualan di antara SWAL XNX (Abang Azizul) yang berada di Si Putih, Ipoh dengan 9W2BER (Abang Berhan @ Bob) di Pulau Pangkor.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .