01 May 2008

Akhirnya...

Setelah menempuh jerih payah sehingga pernah dicap sebagai "Jaluran Rempit" akhirnya dengan keizinan-Nya, pada hari ini Kelab Vee99 telah melakar sejarah baru apabila telah berjaya mengadakan club housenya sendiri bertempat di Taman Batu Gajah Perdana. Rasa kepuasan jelas terpancar di kalangan ahli-ahli kelab kerana apa yang dicitakan tercapai. Malahan kehadiran rakan-rakan radio amatur daripada Taiping iaitu 9W2DMG, 9W2BPT, 9W2XPT dan 9W2JTJ menandakan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada mereka terhadap rakan-rakan Vee99 di Ipoh. Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi datang bertamu di Club House Vee99.
Kelihatan 9W2DMG yang begitu bersemangat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli kelab Vee99. Antara perbincangannya banyak menyentuh tentang RAE yang bakal dihadapi oleh ahli-ahli SWAL. Terima kasih juga diucapkan kepada 9W2DMG dan rakan-rakan Taiping kerana sudi menjamu kami. Hehehe....Terbaliklah pula, tetamu menjamu tuan rumah. Itulah rakan radio amatur akrab, sehati, sehobi dan macam-macam "se" lagi...

Sebahagian daripada ahli-ahli kelab yang hadir memberi sokongan. Terdapat juga yang berada di luar bilik kerana sibuk untuk menceriakan club house Vee99.

SWAL OCC dan SWAL KPL tengah "menyibukkan diri" meletakkan papan tanda sebagai mengalu-alukan kedatangan para tetamu ke Club House Vee99 di Batu Gajah Perdana.

Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk ke Club House Vee99. Berdiri dari kiri : SWAL KPL (Shafarin), SWAL OCC (Jon), SWAL ZIZ (Aziz) dan 9W2IJE (Ramdzan).

Wajah bakal pengantin, SWAL KPL (Safarin) yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 1 Jun di rumah pengantin perempuan di Teluk Intan. Manakala majlis di rumah beliau akan diadakan pada 7 Jun 2008 bertempat di alamat No.31, Persiaran Jati 5, Taman Meru 3C, Jelapang, Perak pada 7 Jun 2008. Semua rakan-rakan Vee99 dan rakan radio amatur yang lain diundang ke majlis berkahwinan beliau.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .