26 June 2008

Wow!!! Rakan Sri Manjung...

Hari yang meletihkan atau badan "kawan" yang sememangnya letih... Balik dari saltmine sekitar jam 1400H, "Kawan" terus baring-baring dan kemudiannya lena sehingga jam 1830H. Letih sungguh rasanya setelah 5 hari bertungkus lumus bersama-sama dengan rakan-rakan jurulatih yang lain di PUSAKO Perak yang terletak di Pulau Pangkor untuk menjayakan "Program Jati Diri 2008 Peringkat Kebangsaan". Program yang melibatkan hanya para pelajar perempuan terpilih dari seluruh negara. Letih memang le meletihkan, tapi kami para jurulatih merasa "enjoy" dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Memandangkan tugasan "kawan" hanya sehingga rabu (25 Jun) sahaja, maka "kawan" mula meninggalkan Pulau Pangkor sekitar jam 1415H. Mujurlah En. Mohammad Pin (9W2PEN) yang merupakan salah seorg pegawai di PUSAKO sudi menghantar "kawan" sehingga ke jeti. Tepat jam 1445, feri mulai meninggalkan Pulau Pangkor menuju ke jeti Lumut. "OTW" ke Ipoh, "kawan" mengambil kesempatan utk singgah di rumah Abg Roslee (9W2TGA). Cikgu Shuhaimi (9W2MMP) yang berada di simplex V32, telah membantu "kawan" sehingga sampai di rumah Abg Roslee yg diberi gelaran sbg Penghulu Manjung.

Di rumah Abg Roslee, "kawan" berpeluang bertemu dgn beberapa org lg, rakan2 HAM yg lain. Antaranya 9W2MCB - Abg Sahak, 9W2YZF - Abg Hairol, 9W2IOI - Abg Sham, SWAL - Fahmi, SWAL PMT - Pak Mat dan termasuklah juga 9W2MMP - Cikgu Shuhaimi. Terdapat juga tetamu daripada Kajang iaitu SWAL DOA - Abg Joe bersama isteri dan harmonicnya yg datang berkunjung ke rumah Abg Roslee. Lega rasanya dapat menemui rakan2 di sana setelah berkali2 QSO di udara. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Rakan2 Manjung yg sudi menerima kedatangan "kawan". Kemesraan jelas terasa walau pun baru kali pertama bersua dan bertentang mata.
Sekitar jam 1700H, "kawan" mulai bergerak meninggalkan rumah Abg Roslee menuju balik ke Ipoh. Maklumlah dah 5 hari meninggalkan XYL dan harmonic2 "kawan". Bagaimanalah keadaan mereka. Hihihi...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .