Petang td, selepas keluar dari perkarangan saltmine, "kawan" terus bertemu dgn SWAL MUZ dan biras "Kawan" atas suatu urusan sama ada "hidup atau mati". Chewah... Sound mcm bunyi org nak gaduh jer. Tp tak de apa-apalah, sekadar membereskan urusan biras "Kawan" aje. Syukurlah segalanya berjalan lancar setelah lama menunggu dan bersabar.
1715H masa "Kawan" bergerak balik ke base station, "Kawan" terkandas di Jalan Kuala Kangsar disebabkan hujan yang sangat lebat. Lagipun "Kawan" menunggang kuda besi. Jika diikutkan perasan, memang "Kawan" ingin meneruskan perjalanan tetapi apabila mengenangkan laptop kesayangan "Kawan" ni, maka hasrat tersebut terbatal. Bukan senang nak dapat, kalau boleh dapat dengan harga tak sampai RM100, bolehlah "Kawan" meredah hujan tersebut.
Merasa jugalah, melepak-lepak di kaki lima di sebuah bangunan berdekatan dengan pejabat sebuah pertubuhan politik yang termasyhur. Maklumlah hanya itulah saja tempat yang sempat "Kawan" singgah. Rasa macam seorang pengemis pula yang merempat di kaki lima. Mujurlah ada juga wifi free yang boleh digunakan, dapatlah "Kawan" melayari internet . Sementara menunggu hujan teduh.
Sekitar jam 1900H, hujan pun mulai reda. Sambil menunggang kuda besi, "Kawan" terkenangkan akan sikap manusia semasa "Kawan" berada di sana. Jangankan nak mengajak tumpang berteduh, untuk membalas senyuman pun jauh sekali. Masing-masing mempamerkan ego, mungkin mereka menganggap bahawa mereka ini adalah org penting negara. Apa pun "Kawan" sedar bahawa "Kawan" ni tak ada apa-apa. Baik kuasa mahu pun pangkat, harta pulak tu setakat sekangkang kera aje... Hihihi...
No comments:
Post a Comment