31 August 2008

Detik Selepas Merdeka Ke-51

Akhirnya kita selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Dentuman bunga api menjadi penyeri kegelapan malam dengan laungan Merdeka, kita berteriak tanda berbangga dengan kemerdekaan yang telah kita kecapi. Kita bersyukur kerana dapat menyambut hari bersejarah ini dalam suasana yang aman. Kalaulah kita hidup 51 tahun sebelum ini, mampukah kita menghadapi cabaran sebagaimana generasi terdahulu. Hidup di bawah belenggu penjajah barat dan kemudiannya menghadapi saat-saat keperitan di bawah pemerintahan Jepun membuatkan generasi pada masa itu mempunyai sikap jati diri yang kuat. Kemerdekaan bagi mereka sungguh besar ertinya, malahan mereka sanggup berkorban demi agama dan bangsa.

Lihatlah sendiri bagaimana para pejuang kita telah sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk menentang pencerobihan penjajah asing. Nama-nama seperti Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Janggut sentiasa terpahat di hati sebagai pejuang yang tiada tolok bandingnya. Mereka dianggap sebagai penderhaka kepada sultan angkara kelicikan penjajah Inggeris yang memutar-belitkan fakta yang sebenar. Walau pun begitu para pejuang ini tetap terus berjuang dengan keyakinan bahawa suatu hari nanti bumi bertuah ini akan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Keadaan yang jauh bezanya dengan "generasi manja" sekarang yang semakin hilang identiti dan hala tuju mereka.


Semoga Malaysia akan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT. Keamanan dan keharmonian ini perlu dikekalkan agar turut dapat dikecapi oleh generasi kita yang akan datang. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .