28 August 2008

Eyeball Tasek

Mlm tadi, "Kawan" bersama-sama dengan 9W2ZZR (Cg Zaki), 9W2PJM (Cg Roslee), 9W2ACB (Cg Azmi) dan beberapa orang rakan sempat bertemu dengan 9W2AAM (Cg Amir) yang merupakan rakan HAM dr Kuala Terangganu. Sempat jugalah berbual-bual mesra sehinggakan terpaksa berpindah ke kedai makan yang ke-2. Eyeball tersebut bermula sekitar jam 2230H dan berakhir pd 0045H. Lagi pun bknnya senang hendak bertemu dgn rakan HAM dr Terangganu. Jadi masa yg ada telah digunakan sebaik mungkin oleh rakan-rakan. Hinggakan riuh-rendah kedai makan tersebut dgn gelak ketawa rakan-rakan.

Lokasi di kedai yang pertama

Cg Amir (berbaju putih dan berkaca mata) bersama-sama dengan 9W2PJM dan 9W2ZZR sedang rancak berbual ttg perkembangan terkini Radio Amatur di Terengganu, di samping menceritakan pengalaman beliau bersama-sama rombongan melalui "kawasan panas" semalam.

Lokasi di kedai yg ke-2

Terpaksa berpindah ke kedai bersebelahan setelah 9W2ACB dan beberapa org rakannya tiba. Namun begitu perbualan tetap diteruskan. Minuman pun masuk round yg ke-2 juga le...


No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .