Akhirnya tiang yg selama ini berbulan-bulan bengkok tlh lurus kembali. Itu pun disebabkan kebengkokkan yg telah mencapai tahap serius sehinggakan nak menerima pancaran rakan-rakan pun agak sukar walau pun pd jarak yg dekat. Maklum le hujan dan angin agak kuat akhir2 nie. Ptg semlm (ahad) "Kawan" kenalah jgk menggantikan tiang tersebut dgn tiang yg baru. Mujur le harmonic sulung "Kawan" turut membantu, walau pun cuma memegang tiang. Akhirnya tepat 1730H, kerja2 tersebut berjaya diselesaikan.
Semasa "Kawan" membuat ujian pemancaran, panggilan "Kawan" telah dijawab oleh 9W2ZHK (Abg Azahari) daripada Kulim, yg kebetulan bermobile di Ipoh. Sempat jgk le menghulurkan salam contact perdana kpd beliau dan kemudiannya "Kawan" bergegas menemui beliau di Kuala Kangsar Road berdekatan dgn stesyen minyak Petronas. Dapat le jugak bereyeball dan berkenal-kenalan di samping mengetahui perkembangan rakan-rakan radio amatur di Kulim. Rezeki tiang antena baru le tu agaknya... Hihihi...
P/S : Agak2nya dpt moniter sampai ke Permatang Pauh ke, kalau dpt best jugak. "Kawan" pun terkejut mau pengsan dibuatnya...
No comments:
Post a Comment