07 September 2008

Baru le Dapat Merasa Nikmatnya... Lega... Dapatlah Tidur Lena

Akhirnya dapat juga "Kawan" merasa kenikmatan berkayuh bersama rakan-rakan. 9W2RKM (Rakimi), 9W2DFA (Usatz Najdi), 9W2YIN (Cikgu Rahim), SWAL Rahman dan "Kawan" sendiri telah membulatkan tekad untuk memulakan kayuhan. Perancangan untuk kayuhan kali pertama telah ditunda, ekoran hujan yang turun. Bermula daripada Restoran Anje Club sekitar jam 2300H, kami memulakan kayuhan melalui PUO, Padang Polo, Greentown Mall dan berhenti seketika di Dataran Ipoh sebelum memulakan semula kayuhan melalui Medan Gopeng dan berakhir semula di garisan permulaan. Kepuasan jelas tergambar di kalangan rakan-rakan kerana misi "Kayuhan Malam" telah tercapai. Insyaallah kayuhan seterusnya akan diadakan lagi pada minggu hadapan dengan penyertaan lebih ramai lagi rakan-rakan radio amatur Ipoh.
P/S : Meminjam kata-kata Abg Rakimi ...
'Jangan berbasikal dengan rakan anda yang menpunyai tayar untuk keguanaan jalan biasa jika anda masih menggunakan tayar mountain bike...
Nampak gayanya "Kawan" kena tukar juga tayar tersebut, kalau tidak makin jauh le "Kawan" kena tinggal.

2 comments:

9W2LKE said...

hehehe teman ada nampak kome semua berbasikal kat medan selera greentown malam tu.. tapi teman x pasti mike ada sama malam tu. Yang pasti ada rakan kita pakai baju ves lip lap berlampu... Nak d jerit panggil singgah orang ramai.. Anyway teman bangga dengan tenaga dan power kome semua dalam bulan ramadhan ini. Ada chan nak joint jugak.

Rakimi said...

kih..kih.. diharapkan anda semua berpuashati dengan aktiviti sihat ini.. bulatkan tekad, kuatkan azam, pasti berjaya..
p/s: tunggu gambo dari cikgu rahim, baru nak updet blog teman..

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .