10 December 2008

Ini Saja yang Tinggal...

Baru berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu setelah berpenat-lelah di rumah mertua di Bagan Datoh. Pulang ke "base station" pada hari Selasa yang lepas. Antara station-station yang sempat QSO di Local Peramah ialah 9W2MNJ Kendalian Yot, 9W2LIS (Rosli) dan 9W2ESR (Ayie). Agak sedikit disebabkan tidak berkesempatan untuk memegang PTT dan hanya berkesempatan memantau di handy sahaja. Maklumlah agak sibuk menguruskan lembu-lembu biras untuk dikorbankan.

P/S : Birthday sendiri pun hampir terlupa. Mujurlah ada teman-teman yang sudi memberikan ucapan. Ribuan terima kasih kepada mereka. Terasa juga diri ini sudah kehilangan satu tahun untuk bernafas.

1 comment:

Sang Sapurba said...

Salam Aidiladha juga kepada anda. Ada masa, ada kelapangan marilah menjenguk hamba di tertak usang.

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .