15 December 2008

Kenangan ARRD08...

Sebenarnya "Kawan" tiada sebarang perancangan untuk ke ARRD08 di Port Dickson kerana pertembungan dengan berbagai-bagai aktiviti. Tetapi apabila program telah tersilap masa dan hari adalah lebih baik "Kawan" turut bersama-sama rakan-rakan radio amatur daripada seluruh Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila "Kawan" sebenarnya telah pun berada di Kuala Lumpur. Lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja jika ingin ke Port Dickson.

Bersama-sama dengan biras "Kawan" SWAL Hairol, kami bergerak ke PD sekitar 1415H. Turut serta harmonic "Kawan" sebagai suatu pendedahan kepadanya terhadap dunia radio amatur. Kami tiba di Teluk Kemang pada 1530H setelah mengikuti 9W2TPT yang turut menuju ke tempat yang sama. Ramai juga rakan-rakan Radio Amatur yang ditemui. Paling "Kawan" ingati ialah peristiwa berjumpa dengan suku-sakat "Kawan" iaitu 9W2SFU (Abang Amir). Pada mulanya bersua di ARRD tapi tidak bertegur-sapa cuma semasa dalam perjalanan pulang ke KL bersama-sama dengan 9W2JQQ (Abang Razif) kami QSO di simplev V33. Sempat jugalah kami ber"eyeball" di Hentian RnR Seremban.

Naik juga nombor "Kawan" rupa-rupanya...

9M2DX bersemangat untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan Radio Amatur

Bilalah agaknya boleh dipasangkan di base station Klebang Putra

Antena setelit... Bukannya setelit puaka...

Idaman "Kawan", harga jangan tanya daaa...

Under Construction

9W2ILD (Hari) dan 9W2JQQ (Abg Razif)

SWAL Hairol dan 9W2SFU (Abang Amir)

Video Ihsan daripada Abg Solehan (9W2SBD)


P/S : Ramai juga rakan-rakan Ipoh yang turun seperti 9W2SLJ, 9W2AFR, 9W2SBD, 9W2DGG, dan 9W2MNR. ID "kawan" di atas tu simple ajer sebab "Kawan" daftar "Walk-in". Callsign dan nama pun kena tulis sendiri. Itu pun terpaksa pinjam "marker pen" pihak Urustia ARRD. Gambar pun "Kawan" tak banyak ambil sebab nak tumpang gambar daripada blog-blog "Kawan".

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .