12 December 2008

Restoran Samudera...

1148H "Kawan" masih melepak seorang diri di restoran ini sambil melihat-lihat blog sendiri dan blog kawan-kawan yang lain. Lama juga tidak berkunjung ke restoran ini sejak menggunakan broadband sendiri. Pernah "Kawan" menggunakan kemudahan "wifi" di sini sehingga kedainya ditutup. Pada mulanya "Kawan" menjangkakan ianya beroperasi 24 jam jadi "Kawan" buat tak tahu sambil terus mengunakan kemudahan tersebut. Akhirnya datang pekerjanya memberitahu bahawa kedai akan ditutup pada jam 0200H. Apa lagi mengalabahlah "Kawan" berkemas, bayar dan terus meninggalkan restoran tersebut. Tak nanti tak balik pula para pekerjanya.

Jam pun sudah menghampiri 1200H, "Kawan" nak chow dulu, nanti tak sempat nak ke "Rumah Besar"...

P/S : Sebenarnya "Kawan" balik daripada Stesyen KTM Ipoh. Nak beli tiket yang murah, sebaliknya yang mahal jer yang ader. Nak yang RM1 kena tunggu sejam sebelum perjalanan, malam nanti. Itu pun siap ugut, "Nasib le kalau tak der tempat duduk yer encik sebab malam nanti penumpang ramai...."Apa nak dikato....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .