01 December 2008

Selamat Mendarat...

Syukur, selamat juga mendarat di base station pada jam 1330H. Berpeluang "eyeball" dengan rakan-rakan Hams di Gerik dan juga di Lenggong. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang sudi mempelawa "Kawan" untuk minum-minum sebelum meneruskan perjalanan. 2 kali bereyebal dengan 9W2JKZ (Cikgu Joned) di Gerik iaitu pada perjalanan pergi dan balik (turut sama bereyeball ialah 9W2MIZ - Cg Mizi) dan di Lenggong bersama dengan 9W2KBD (Pak Hassan).

9W2JKZ - Cikgu Joned

9W2KBD - Pak Hassan


P/S : Misi untuk ke HS9 gagal disebabkan aktiviti yang agak padat, penat berkayuh dari Pengkalan Hulu ke Lata Bayu di Baling benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal. Melepas peluang "Kawan" untuk menyambar antena 5.1db. Mungkin ada peluang lagi di lain waktu dan ketika...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .