Malam ini "Kawan" sempat QSO dengan 9W2AZT (Abg Azman) dan 9W2DBT (Dato' Bahari) di ASTRA Linking. Itu pun melalui repiter Larut kerana repiter di ASTRA yang terletak di Bukit Kledang tidak dapat digunakan. Agak lama juga "Kawan" tidak membuat pemancaran ke ripeter ASTRA. Walau pun ada keinginan untuk membuat pemancaran tetapi apabila mengenangkan terpaksa membuat pemancaran melalui repiter Bukit Larut, terpaksalah "Kawan" kuburkan sahaja niat tersebut. Bimbang juga jika rakan-rakan yang mendengar audio "Kawan" akan "geli telinga" disebabkan penerimaan audio yang tidak berapa memuaskan. Lagi pun Celcom Broadband "Kawan" masih lagi buah hal. Signal pun tak berapa elok hinggakan untuk "sign in" pun terpaksa mengambil masa yang lama. Susah juga yer, apabila kehidupan ini dipenuhi dengan berbagai signal. Buat menyengalkan urat dan otak sahaja... Nasib... nasib...
P/S : Sesi persekolahan akan bermula pada 5 Januari. Peralatan persekolahan harmonic telah pun "Kawan" siapkan. Cuma yang tinggal hanyalah bayaran yurannya sahaja. "Kawan" pun kena ke sekolah juga, rasanya ini merupakan tahun yang ke-28, "Kawan" bersekolah. Fuhhhh... Punyalah lama yek...
No comments:
Post a Comment