15 January 2009

Punyalah Kalut...

Banyak benda yang hendak diselesaikan...

Untuk "up date" blog sendiri tak sempat...

Blog-blog sampingan juga tidak sempat dijenguk...

Kerja-kerja sambilan pula tu terpaksa dibiarkan dahulu...

Untuk QSO dengan rakan-rakan apatah lagi...

Beginilah nasib selepas cuti...

Tambahan MC pula seminggu...

Sesi persekolahan pun baru dua minggu bermula...

Kesimpulannya...

Segala-gala yang tertunggak perlu dibereskan sebelum "Tuk Ketua" bising-bising...

Kalau "Tuk Ketua" sudah memuntahkan laharnya, alamatnya berbululah taik telinga...


P/S : Ada masa, ada kelapangan sempatlah berkarya di sini. Sekarang ni nak selesaikan perkara yang wajib dahulu. Perkara-perkara yang lain, bila musim lapang menjelma.

QSO 3,4 over hari ini - 9W2SBD, 9W2 AFM, 9W2YOP, 9W2ESR dan 9W2AAA.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .