Syukur... Selamat mendarat di base station pada pukul 2200H. Bukan kerana timbul sebarang masalah di perjalanan cuma banyak tempat persinggahan. Kena pukat dengan rakan-rakan HAMS, berkunjung ke "Rumah Besar" di Batang Kali, pekena cendol pulut, pekena mi sup di RnR Tapah dan akhir sekali singgah di kedai runcit Klebang Jaya. Punyalah pelbagai agenda sepanjang hari ini, yang paling penting segala selesai dan kami sekeluarga selamat sampai semula ke Ipoh Bandaraya Borganvilla. Tugas selepas ini ialah hendak menelentangkan badan untuk berehat sebab besok kena ke sekolah. Minggu bertugas pula tu, jadi kenalah pergi awal.
P/S : Banyak juga kenangan menarik sepanjang percutian kali ini. Jika diizinkan Allah SWT, mungkin bulan Mei balik lagi ke kampung halaman. Moga-moga ada perkembangan terkini tentang radio HAMS di sana...
27 January 2009
Selamat !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa Aku...
SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .
Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .
Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .
Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .
Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Wassalam ... Adios ... Amigos ...
Pijul,
Pijul,
Ipoh , Perak .
1 comment:
Assalamualaikum, mudah2an semuanya berjalan lancar kembali...
Post a Comment