08 February 2009

Berkayuh di Ipoh, Berehat di KL...

Setelah selesai berkayuh bersama rakan-rakan dari Kelly Castle ke Ipoh, "Kawan" bergerak ke Kuala Lumpur. Hasrat sendiri sudah ditunaikan, maka giliran hasrat XYL pula. Barulah dinamakan "Keadilan" kan...

Lagi pun 9W2KDJ (Abg Kamal) ada berkunjung ke teratak biras "Kawan" di Brickfield. Semuanya perihal persiapan majlis perkahwinan abang XYL yang dijadualkan pada bulan Mac.

Dari base station "Kawan" dan keluarga bergerak sekitar jam 2115H dan selamat tiba pada 2300H. Dapat juga bereyeball dengan Abg Kamal, XYL serta harmonic-harmonicnya di Brickfield.

P/S : Radio Amatur menemukan Abg Kamal dengan XYL "Kawan". Rupa-rupanya mereka bersaudara. Hubungan keluarga di antara Bagan Datoh dan Slim River kembali rapat setelah sekian lama tidak mengetahui khabar berita.

Itulah kelebihan Radio Amatur...

Berbagai-bagai keajaiban dan kebetulan boleh ditemui...

Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .