SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .
Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .
Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .
Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .
Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Wassalam ... Adios ... Amigos ...
Pijul, Ipoh , Perak .
2 comments:
sama-sama. kan dlm radio amatur kita mmgg prinsip SHARING IS CARING. klu ckgu cri model yg lebih kurg mcm tu, cari di motorola. nama bnda tu mototrbo. function lebih kurg sama. hrga baru RM2000 utk 1 portable handy. klu yg sepura tu hrga sbiji rm9000. so xheranla klu gov hbis smpi 5 billion. dkt headquarters bomba selangor di bukit jelutong je ada 48 set. klu dpt bqso dgn abg omar atan 9w2mcc, bleh tnya. dia ada 1 bnda tu
Fuhyooo...menarik tu...tp 2000 beb, blh kuar basikal sebijik
Post a Comment