.jpg)
Proses memasak santan (Fasa 1 - 0930H-1300H)
.jpg)
Fasa 2 - Lembu yang disembelih, dilapah dahulu kulitnya
.jpg)
Fasa 3 - Proses mengayuh Rendang Tok bermula
Sedar tak sedar sudah 10 hari berlalu selepas Majlis Walimatul Urus di rumah metua "Kawan" di Bagan Datoh. Ramai juga tetamu yang hadir. Tidak lupa jutaan terima kasih diucapkan kepada 3 org rakan HAMS dari Sekincan yang sudi hadir iaitu 9W2APH, 9W2VZD dan seorang lagi rakan baru, khabarnya baru 17 tahun yang "Kawan" tidak teringat akan callsignya. Rakan lama semasa di maktab pun sempat berkunjung dari Tanjung Malim (Adli dan keluarganya). "Kawan" tidak sempat untuk merakamkan detik-detik menarik kerana sibuk dengan pelbagai urusan.
P/S : Yang ada cuma gambar "Rendang Tok" yang menjadi juadah utama. Punyalah lama masa untuk memasaknya. Bermula pada pukul 0930H dengan memasak santan dan berakhir sepenuhnya pada jam 1800H. Punya la panas, atas dan bawah.
.jpg)



1 comment:
73, kita x dpt hadir kenduri di base mentua anda, fundamental kita x brpe chat, apapepun alhamdulillah dah selesai. utk makluman cikgu, rakan kita tu 9W2VRR handle operator HAZIR EFFENDI, kami di sabak bernam pggil ayaman.. dia pgg rekod ham termuda di sabak bernam, knal radio amatur sejak di tgkatan 3. juga utk info ckgu, sy dah bpindah ke blog baru di http://haqizrah.net. blog yg lama kita akn delete, tp insyaAllah berkenaan GIRN kita akn backup. ok, 73 cherrio
Post a Comment