27 April 2009

Rakan HAM pun Ada Juga...

Dalam pada "Kawan" menjalani "Kursus Bakal Pegawai (S) Siri 1/2009" di PUSWATAN terselit juga beberapa orang rakan HAM. Segalanya terbongkar semasa kelas Semboyan diadakan. Masing-masing aktif mengajukan soalan perihal prosedur suara dalam komunikasi ketenteraan yang jelas berbeza jika dibandingkan dengan prosedur suara dalam Radio Amatur. Walau pun terdapat perbezaan yang ketara, masing-masing tidak kekok untuk berkomunikasi apabila diberikan peluang memegang radio tentera untuk menghantar berita semasa menjalani latihan medan. Dalam pada itu terdapat juga seorang rakan dari Melaka iaitu Khairul yang juga pernah mengambil RAE dan lulus namun beliau tidak memiliki callsign sendiri. Katanya beliau tak berminat, sekadar suka-suka jer.

9W2RND (Rani) dari Tanjong Malim

SWAL Yusri (Ipoh mali)

SWAL Mohairi (Temerloh, Pahang)

P/S : Berkelapangan juga "Kawan" pada malam ini untuk membuat posting ke blog ini. Lama tak menjengah rasa rindu pulak. Kursus pun tinggal beberapa hari saja lagi untuk diselesaikan. Besok ada ujian pengendalian senjata, moga-moga "Kawan" dapat melakukan yang terbaik. Hari Khamis nanti, Insyaallah, MERDEKA ... Macam tak percaya jer boleh sampai 30 hari... So nak kena tidur awal ni walau pun jam dah menunjukkan 0040H, 0500H kena bangun, kalau terlewat nanti jenuh kena "side roll" sampai ke hujung padang bola. Huhuhu...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .