13 July 2009

Arigato ...








Antara peralatan-peralatan komunikasi tentera Jepun yang sempat dirakamkan ketika berkunjung ke Kompleks Sejarah Matang. Rumah Ngah Ibrahim ini telah digunakan sebagai markas untuk melancarkan operasi semasa "Kempen Malaya".

Peralatan ini telah digunakan oleh pemerintah Jepun semasa zaman pendudukan mereka di Tanah Melayu dari tahun 1942 sehingga 1945.

Kira hebat jugalah teknologi mereka pada zaman Perang Dunia Ke-2. Sedangkan bangsa kita pada masa tersebut masih lagi dijajah dan diperbodohkan oleh pihak British...

P/S : Agak terkilan juga kerana kompleks ini kurang dipromosikan. Banyak tinggalan lama yang dipamerkan di sana. Kalau tidak kerana program nie, "Kawan" pun tak tau. Maklumlah semuanya sibuk nak mencari mee udang ajer bila ke Kuala Sepetang...

1 comment:

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong said...

yooo..bro...teman pun blm masuk kat muzium ngah ibrahim tu...selalu lalu bila nak pekena gulai semilang kat dalam kampung jaha tu....

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .