06 July 2009

Tapau Wehhh !!!


Minggu ini "Kawan" akan terlibat dengan suatu program yang agak "grand". Program "Indahnya Bandarayaku" peringkat kebangsaan anjuran Pusat Ko Kurikulum Perak. Dijadualkan bermula pada hari ini (6 Julai) dan akan berakhir pada Khamis (9 Julai). "Kawan" ditugaskan menjadi "LO" untuk kontenjen Sabah. Kebanyakan pesertanya terdiri daripada murid-murid yang tinggal di kawasan padalaman. Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkenaan tentang keadaan-keadaan di negeri-negeri lain.

Hari ini juga "Kawan" bersama-sama dengan beberapa rakan ang lain akan ke KLIA untuk menunggu ketibaan kontenjen daripada Bumi Di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang. Mereka dijangka tiba pada 2230H. Selepas itu, mereka akan dibawa terus ke Ipoh.

Mangko wehhh... mau tiba jam 2 atau 3 pagi kat Ipoh.

Tantatif :
Selasa
Ipoh - Kellie Castle - UTP Petronas - Pusat Konservarsi Tuntung - Lumut Water Front - Pengkalan TLDM - UiTM Seri Iskandar - Tempat penginapan.

Rabu
Stesen keretapi Ipoh - Stadium Hoki - Bangunan SUK - Muzium Darul Ridzuan - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Enggor - Kuala Kangsar - Kompleks Sejarah Matang - MRSM Taiping - Tempat penginapan.

Malam - Lawatan ke tempat-tempat yang menarik di Ipoh.

P/S : "Kawan: teringin nak makan ambuyat. Sejenis makanan popular dari Sabah. Reti ke dema-dema ni buat yer...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .