30 August 2009

Dari Bagan Ke Kuala...


Hari ini bergerak pula ke Kuala Lumpur untuk menziarahi kakak ipar "Kawan". Khabarnya dia dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kami bergerak secara konvoi dengan 3 buah jellopy.

Semasa perjalanan sempatlah juga ber"QSO" dengan beberapa rakan antaranya 9W2APH, 9W2YR, 9W2ZCB, dan 9W2FRU (Shamsul). Semasa di kawasan Skinchan kami telah singgah utk bersalaman dengan Cikgu Fauzi di rumahnya.

Namun tiada juadah atau minuman yang dihidangkan. Bukannya mereka kedekut tetapi disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan maklumlah Bulan Ramadhan. Kalau ada mungkin esok, muka-muka kami terpampang di muka depan akhbar arus perdana kerana telah ditangkap dan kemudiannya diarak dengan "Van Jenazah".

Kami tiba di PPUM sekitar 1430. Pada jam 1630 kami bergerak ke Kuarters Masjid Bukit Aman. Gaya-gayanya berbuka di sini pula, bersahurnya tidak tahu lagi...

P/S : Kuasa Tuhan, semalam berbuka di Bagan Datoh. Hari ini di Kuala Lumpur pulak. Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .