"Kawan" tiba di base station sekitar jam 1415H. Mata punyalah mengantuk. Setelah selesai mengeluarkan beg-beg, "Kawan" mengambil kesempatan untuk meluruskan badan. Rupa-rupanya aksi tersebut mengundang "Kawan" untuk sampai ke sebuah dunia lain dan "Kawan" tersedar sekitar jam 1720H, itu pun setelah dikejutkan oleh harmonic teman. Kalau tidak, mahu sehingga ke waktu berbuka.
"Kawan" merancang untuk pulang ke Ipoh semalam, tetapi perang saraf yang dilaksanakan oleh biras "Kawan" (9W2WDL) tentang DXing di Asap Dapur begiu memukau. Lantas "Kawan" mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh setelah bersahur. Entah macam mana terlajak pula sehingga ke pukul 0800H, alih-alih terlajak lagi sehingga ke pukul 1200H, barulah "jeloppy" ini betul-betul bergerak pulang. Kalaulah naik "flight" rasanya "Kawan" sudah rugi pada hari ini.
Ramai juga rakan-rakan yang ditemui semasa di Asap Dapur. Antaranya 9W2YR (Pak Yop), 9W2JQQ (Abg Razif), 9W2HYY (Haji Yusof). dan 9W2FRU (Abg Shamsul). Namun yang berkesempatan untuk berbual hanyalah sedikit, maklumlah ramai. Mana mungkin dapat kita mengenali semuanya. Tambah pula "Kawan" sudah lama tidak "TX" ke ASTRA Linking sehinggakan rakan-rakan yang dahulunya pernah QSO pun sudah melupai "Kawan". Mungkin selepas ini "Kawan" kena lebih kerap memancar agaknya...
P/S : Lama juga "Kawan" tak menghadiri "eyeball". Jika ikutkan DXing tu pun "Kawan" malas nak turut serta, tapi disebabkan menghormati Abg Yo, "Kawan" akur. Rasanya malas nak bereyeball nie kecuali jika bertembung, mungkin kerana "Kawan" sudah semakin "fed-up" dengan apa yang berlaku sebelum-sebelum ini...

No comments:
Post a Comment