Insyaalah, jika tiada sebarang halangan yang mendatang, pagi nanti "Kawan" sekeluarga akan bergerak ke Kuala Lumpur. Destinasi kali ini ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Kali ini kerana menziarahi xyl 9W2WDL yang baru selesai menjalani "caesarean" pada petang tadi. Perkhabaran yang diterima agak menyedihkan, bayi yang baru lahir mengalami masalah dan sehingga kini masih ditempatkan di ICU. Semoga Abg Yo dan isteri tabah menghadapi ujian Allah SWT. Sesungguhnya setiap yang berlaku dan bakal berlaku ada hikmahnya. Kita sebagai hamba-NYA perlu redha kerana itulah ketentuan sejak azali lagi.
P/S : Minggu ini "Kawan" asyik berziarah ke hospital-hospital. Bermula dengan Hospital Universiti, kemudian Hospital Kuala Kangsar dan kali ini HTAR. Diharapkan dengan kehadiran kami sekeluarga, penderitaan mereka yang menghadapi musibah dapat diringankan...

No comments:
Post a Comment