19 September 2009

Salam 1 Syawal...



Dikesempatan ini "Kawan" sekeluarga mengucapakan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga kedatangan Syawal kali ini disambut dengan penuh ketakwaan dan kesederhanaan.

"Kawan" menyusun sepeluh jari memohon kemaafan di atas sebarang kesilapan dan ketelanjuran semasa berbicara, Sesungguhnya "Kawan" hanya insan biasa yang lemah dan sering melakukan kesilapan...

Salam Aidilfitri 1430H...
Klebang Putra, Ipoh.

P/S : Pagi nanti, Insyaallah bergerak ke selatan. Rindu untuk menatap wajah keduanya. Last balik bulan Jun yang lalu. Kali ini cuma berkesempatan berbuka puasa bersama sahaja. Itu pun sudah di akhir Ramadhan...

1 comment:

IMANSHAH said...

Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .