24 September 2009

Mersing-Rompin Exspresway...





Raya ke-3 "Kawan" sekeluarga berpeluang beraya ke Mersing. Sambil-sambil berkunjung ke rumah emak sedara, dapat jugalah "Kawan" bereyeball dengan Pak Jemain (9W2JSY). Kebetulan pula terdapat dua orang rakan dari luar kawasan Mersing iaitu Razi (9W2PSX) dan Hj. Tan (9W2HTT).

Selepas itu "Kawan" terus pula ke Rompin menuju ke "base station" Kak Miah (9W2BTU) dan Tok Uban (9W2TOU). Berkonvoi bersama-sama Abg Yunus (9W2YYB) sekeluarga yang kebetulannya berada di Rompin. Dapat jugalah bertemu dengan rakan dari Kuantan iaitu Abg Ucup (9W2USS).

Kali ini barulah "Kawan" sekeluarga berpeluang ke base station Kak Miah. Jika tidak hanya mampu melintasi sahaja kawasan Rompin. Bukannya tidak sudi tapi disebabkan kengkangan masa maklumlah perjalanan jauh.

P/S : Senang juga mencari base station Kak Miah. Hanya ikut "arah matahari terbit". Cuma jangan terlajak sampai ke dalam laut aje. Nanti langsung tak beraya. Kalau di Ipoh, bagi direction "arah matahari terbit" tu tentu sampai ke malam tak berjumpa dgn base station "Kawan"...


No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .