22 January 2010

Cuma Seketika Sahaja...


Kunjungan ke Kuala Terengganu baru-baru ini telah membuka peluang untuk "Kawan" mengetahui perkembangan dunia HAMS Radio di sana. Rupanya ramai pemilik-pemilik callsign berdaftar yang menggunakan simplex V38 sebagai medium untuk berkomunikasi.

Layanan yang "Kawan" terima pula bertaraf 5 bintang. Rasa malu pula kerana terpaksa menyusahkan rakan di sana. Walaupun tidak berkesempatan untuk ber"eyeball" dengan rakan-rakan lain selain Abg Razak dan Abg Anuar disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan namun tersemat di hati untuk kembali semula ke negeri berkenaan suatu hari nanti.

Teringin juga untuk melihat Kg Merchang, di mana "Kawan" pernah menikmati kegembiraan dan keseronokan alam kanak-kanak...

P/S : Terima kasih kepada Abg Razak dan isterinya yang sanggup bersusah-payah kerana "Kawan". Tak terbalas rasanya jasa mereka berdua. Kalau mereka berdua tidak menghulurkan bantuan tak tahulah ke mana nak dituju...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .