08 February 2010

Satu bukit jer lagi...




Letih? Penat? Semuanya jelas terasa namun segalanya hilang setelah masing-masing berjaya menamatkan kayuhan. XPDC berbasikal ke perkampungan orang asli di Sri Tanjung benar menguji mental, fizikal dan "kuda kepang" yang digunakan. Pada masa inilah segalanya peralatan dimanfaatkan sebaik mungkin agar XPDC ini berakhir dengan jayanya...

Gambar riders lain, klik "DI SINI"...

P/S : Sengal jugalah otot-otot nie dibuatnya, maklum le hampir 5 bulan tak berkayuh. Last pun masa bulan Oktober tahun lepas semasa di "Cabaran Sarawak". Memang pecah dara untuk tahun 2010 lah nie...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .