Gambar ini "Kawan" rakamkan pada Sabtu lepas di Jalan Kuala Kangsar berhadapan dengan kedai yang popular dan menjadi tumpuan pengunjung untuk mencari bunga-bungaan, hiasan dalaman dan pasu-pasunya.
Bukan niat untuk mengaibkan pemilik kenderaan ini cuma "Kawan" rasa terkilan dengan sikapnya yang sesuka hati meletakkan kenderaan ini. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan diri beliau malah anak kecilnya juga dan "Kawan" sendiri yang berada di hadapan kenderaan berkenaan.
Bayangkanlah kalau ada kenderaan yang melanggar kenderaan ini daripada belakang, rasanya sekarang ini, "Kawan" tiada lagi menulis di blog ini.
Sebagai pengajarannya, kita sama-samalah bertanggungjawab atas keselamatan diri dan juga orang lain yang berada di sekitar kita. Jangan ikut sempat sahaja lantas mengabaikan aspek-aspek keselamatan
P/S : Pening kepala jugak memerhatikan sikap dan gelagat pemandu kita nie. Macam tak belajar undang-undang jalan raya. Main ikut sedap ajer, janji diri sendiri lepas, orang lain lantak la nak jadi apa pun ...

No comments:
Post a Comment