18 April 2010

Rasopariso...



Sambil baring-baring menghilangkan lelah, setelah selamat tiba daripada Lekir, Setiawan kerana menziarahi ibunda mertua. "Kawan" mendengar celoteh Pak Yop Aziz (9W2YOP) di saluran radio "Perak FM". Kedengaran pula sebuah lagu daripada "band" yang pernah "Kawan" minati semasa remaja dahulu dan sehingga kini. Walau pun muziknya membingitkan telinga tetapi mesej yang disampaikan melalui senikata lagu-lagu mereka benar-benar menarik hati "Kawan". Ada yang menyentuh tentang kehidupan seharian, isu-isu pergolakan semasa dan berbagai-bagai lagi. Bila mendengar lagu "Rasopariso" (budi baik) -Klik di sini utk liriknya- terfikir juga "Kawan" tentang letaknya diri ini pada ketika ini. Bukannya apa sebagai suatu pengajaran agar diri ini tidak melupakan tempat berpijak dan berpayung pada ketika ini. Bukankah sebagai seorang manusia kita sering terlupa dan terlalai terutamanya apabila dilimpahi dengan berbagai kurniaan Ilahi...

P/S : Letih lagi otak dan badan nie, semalam tidur pukul 5 pagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak ipar demi untuk memperteguhkan kembali bahtera salah seorang ahli keluarga kami agar tidak karam ditelan ombak dan badai. Mujur segalanya dapat dijernihkan kembali seperti sediakala. Pengajaran yang "Kawan" perolehi daripada peristiwa itu ialah "Sayangilah keluarga sendiri kerana keindahan yang dijangkakan di luar belum pasti dapat dikecapi dan seindah jika dibandingkan dengan apa yang kita miliki sekarang..."

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .