18 May 2010

Exam Menjelma Kembali...


Peperiksaan walau pun sesuatu yang memeritkan namun ianya perlu dihadapi dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi. Persiapan perlu ada agar setiap soalan yang diajukan mampu dijawab dengan baik. Minggu ini, anak-anak didik "Kawan" dari Tahun 4 dan 5, mula menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Kali ini keputusan peperiksaan menjadi penentu kerana mereka akan diaturkan kembali. Jika keputusan merudum maka merudumlah kelas mereka selepas ini. Tiada sesiapa yang boleh mendabik dada dan berada dalam zon selesa kerana cabaran dan pencabarnya tetap ada...

P/S : Kita hidup nie pun sentiasa menghadapi peperiksaan. Cuma kadang-kala secara formal atau pun tidak. Kesiapsiagaan perlu ada pada setiap masa agar tidak kandas dalam perjuangan hidup...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .