.jpg)
Jamboree HTR 2010 merupakan jamboree MTB yang pertama disertai. Hendak dikatakan bersedia pun tidaklah juga disebabkan hampir dua minggu "Kawan" tidak berkayuh bersama rakan-rakan baik semasa hujung minggu mahu pun pada hari-hari biasa.
Hanya berbekalkan semangat untuk menjadikan jamboree ini sebagai jamboree sulung setelah gagal untuk menyertai "Jamboree Sri Iskandar" pada Februari lepas kerana bertembung dengan tugasan lain yang lebih penting.
Melalui penyertaan sulung ini "Kawan" berjaya melalui semua laluan yang telah disediakan. Cuma tempoh masa yang agak lama menyebabkan "Kawan" gagal untuk mendapatkan stiker untuk "check point" terakhir. Jika tidak penyertaan sulung ini akan menjadi lebih bermakna. Terutamanya kepada "rider" baru seperti "Kawan" yang pertama kali menyertai jamboree MTB.
Mungkin di lain kesempatan masa dan prestasi boleh diperbaiki lagi. Kalau tidak kena juallah basikal tu...
P/S : Keletihannya masih terasa sehingga kini. Urat paha yang mengalami kekejangan tempoh hari pun masih berdenyut. Jika tersilap rasanya boleh berulang kembali...

No comments:
Post a Comment