
Semasa berkunjung ke rumah jiran lama di Tambun, kawan terjumpa dengan 2 koleksi majalah di atas yang dikeluarkan oleh CESB. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan majalah Gila-Gila, Humor dan Bambino. Dua koleksi ini pernah dimiliki suatu ketika dahulu tetapi kemudiannya ghaib setelah dipinjam oleh seorang rakan pada ketika itu.Kerana cerita ini, (Aku Budak Minang dan ACA) "Kawan" menjadi peminat tetap yang melanggan majalah Gila-Gila sekitar tahun 1987 sehingga akhir 1993. Pada masa itu majalah ini dikeluarkan 2 kali sebulan dengan harga RM2.20. Sehinggalah kartunisnya berhijrah dengan menerbitkan sebuah majalah baru, maka "Kawan" pun turut berhijrah dengan menjadi pula peminat majalah baru tersebut.
Awal tahun ini cerita ini kemudiannya diadaptasikan ke dalam bentuk drama dan disiarkan di saluran TV2 bermula jam 2130H dan "Kawan" tetap menjadi penonton setia siri tersebut. Segalanya kerana mengimbas semula nostalgia dahulu dengan menatap cerita kegemaran ini yang dahulunya hanya dihayati melalui pembacaan.
P/S : Baru-baru ini "Kawan" berjaya mendapatkan semula koleksi ini. Kebetulan pula ada pameran buku yang dianjurkan oleh CESB di Ipoh. Walau pun harganya telah berganda jika dibandingkan dahulu...



No comments:
Post a Comment