04 July 2010

Waka Waka Eh Eh...







Sudah lama tidak bermain bola. Hampir 10 tahun. Jika dahulu boleh dikatakan saban petang "Kawan" akan bermain bola. Tetapi selepas berumahtangga aktiviti tersebut semakin ditinggalkan. Berbagai aktiviti sukan lain yang diceburi untuk menjaga kesihatan diri.

Apabila Pejabat Pelajaran Kinta Utara menganjurkan "Karnival Futsal" untuk guru-guru. Maka "Kawan" bersemangat untuk menyertai rakan-rakan yang lain. Kemeriahannya terasa sejajar dengan demam "Piala Dunia 2010" yang sedang berlangsung di Afrika Selatan.

Penat, tercungap dan sakit urat turut dirasai. Sehingga ke pagi ini "Kawan" masih terhincut-hincut kerana kesakitan terasa di pelipat kaki. Teruk juga bila lama tidak menyepak bola, jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman 20-an dulu.

P/S : Berbagai aksi dapat diperhatikan sepanjang karnival tersebut. Kalau murid abis le dia orang kena marah. Tapi bila cikgu yang buat silap, siapakah yang akan memarahi mereka pula....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .