28 August 2010

Sejenak di Stadium Perak...






Hari ini berkesempatan untuk singgah di Bazar Ramadhan yang bertempat di perkarangan Stadium Perak. Anak-anak yang berpuasa di rumah teringin sangat untuk makan daging panggang.

Kebetulan pula di kawasan yang sama bertempat di Stadium Indera Mulia pula diadakan "PC Fair". Kawan menjenguk-jenguklah sebentar. Manusia punyalah ramai. Ada yang membeli dan ada pula seperti "Kawan" yang cuma menjamu mata.

Setelah selesai membeli juadah berbuka untuk anak-anak "Kawan" meninjau pula ke dalam stadium Perak. Kelihatan ada yang sedang berlatih sempena sambutan "Hari Kebangsaan Ke-53 Peringkat Negeri" yang dijadualkan pada hari Selasa nanti.

P/S : Petang ini hujan turun membasahi bumi. Inilah rahmat daripada Allah agar umat Islam yang beriman bersyukur dengan setiap pemberian-NYA. Alhamdulillah, kita kini masih berkesempatan mengharungi Ramadhan yang menghamparkan keistimewaan kepada yang sedar akan kehadirannya...

2 comments:

IMANSHAH said...

Salam, saya pun hari2 mesti ke stadium untuk membeli juadah... 9dekat dengan rumah dan banyak pilihan)

Pijul said...

Teman pn setakat ni br 2 kali. Itu pun jika melalui kws stadium. Teman akui mmg byk pilihan sampai rambang biji mata hitamku...

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .