08 September 2010

Ronda-ronda Sebelum Berbuka...


Masjid Jamek Endau



Laut Cina Selatan




Jambatan yang menghubungkan Johor dan Pahang


Jeti LKIM


Jeti Jabatan Laut


Sebagai anak perantauan kedatangan Aidilfitri sesungguhnya sesuatu yang dinantikan. Pada saat inilah anak-anak kampung yang mencari rezeki di tempat orang akan pulang semula ke “lubuk” masing-masing.

Keceriaan jelas terpancar sama ada yang menanti atau pun yang baru tiba. Ikatan silahturahim kembali akrab dan masing-masing mula bercerita tentang nostalgia lama kepada anak-anak. Bercerita tentang pengalaman susah senang kehidupan di kampung.

Dalam pada itu pula terdapat individu yang telah bertukar watak. Mereka mula merasa jijik dengan kehidupan di kampung serta merasa rimas dengan cuaca yang panas. Mungkin disebabkan sudah selesa dengan corak kehidupan di bandar. Dingin dihembus penghawa dingin dengan rumah-rumah batu yang ampuh buatannya.

Apa pun biarlah Syawal kali ini membawa seribu pengertian kepada kita. Menjadikan kita seorang yang rendah diri dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan.

P/S : Di Johor waktu berbuka lebih awal jika dibandingkan dengan di Perak. Anak-anak "Kawan" kelihatan begitu gembira hinggakan pukul 7 malam telah pun berada dan menunggu di meja makan...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .