12 December 2010

Istana Kuda Emas...







Tanggal 09 Disember 2010, "aku" menghadiri "Mes Night" pertamaku sejak ditauliahkan. Hampir-hampir juga kami gagal sampai ke lokasi di "Hotel Palace Of The Golden Horses" kerana tersesat hampir 2 jam. Hinggakan rakanku mula menyuruh mencari jalan keluar menuju ke lebuhraya untuk kembali semula ke Ipoh. Akhirnya kami tiba juga sekitar 2000H. 

Tergopoh-gapah pula menyalin pakaian di tempat pakir kereta dan seterusnya tanpa melengah-lengahkan masa terus ke lobby hotel untuk bersama-sama dengan para pegawai yang lain untuk menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke majlis ini.

Majlis yang bermula sekitar jam 2100H dan berakhir sekitar 0015H. Selain daripada acara "Makan Beradat", kami juga dihiburkan dengan nyanyian daripada "Band RSD" dan persembahan daripada para anggota dan ahli "Bakat".

Kami bergerak ke Ipoh sekitar jam 0200H dan selamat tiba pada 0600H. Itu pun setelah berhenti berehat selama 1 jam di Tol Sungkai.

P/S : Pagi Jumaat tu setelah menunaikan Fardu Subuh, aku terus terlelap hingga jam 1100. Tersedar pun setelah dikejutkan berulang-ulang kali oleh isteriku yang menyuruhku membeli ikan dan sayur di kedai. Kalau tidak, harus lajak sampai ke petang. Hihihi....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .