Masa dirasakan terlalu pantas. Tanpa disedari cuti persekolahan akhir tahun 2010 semakin hampir kepenghujungnya. Pada masa ini, ibubapa mulai sibuk membeli barang-barang keperluan persekolahan, tidak kurang juga yang "pening kepala" kerana memikirkan wang yang semakin kurang nilainya. Semalam di SK Tasik Damai telah diadakan majlis pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. Ramai ibubapa yang hadir dan ini sudah pastinya merupakan pengalaman pertama mereka hadir ke sekolah bagi yang mempunyai anak sulung. Maka selama 6 tahun ibubapa ini akan terlibat dalam sistem persekolahan yang beraneka ragam dan karenahnya. Kerjasama dan penglibatan ibubapa juga sentiasa dituntut agar dapat melicinkan lagi proses pendidikan anak-anak mereka.
P/S : Aanak-anak sekarang terlalu dimanjakan sehingga ibubapa seolah-olah hilang kawalan. Sesuatu perkara yang berlaku tidak disiasat terlebih dahulu sebaliknya cakap si anak dipercayai sepenuhnya. Mungkin kerana itu peranan guru semakin diperkecilkan oleh sesetengah manusia....












No comments:
Post a Comment