Kami minum di sebuah restoran yang agak femiliar dalam bandaraya Ipoh ini. Sambil berbual tentang perkembangan terkini dan sudah pastinya perkembangan rakan-rakan lain. Kerancakan berbual ditambah dengan segelas besar susu lembu segar kegemaranku membuatkan perbualan kami seolah-olah tiada penghujungnya. Ada sahaja cerita-cerita yang menjadi topik perbualan kami.
Sebelum pulang rakanku itu sempat menegur keretaku. Maklumlah keretaku, kereta lama. Jadi nampaklah keburukannya. Katanya keretaku ini rosak dan perlu diperbaki. Begitulah komennya. Tapi apabila ditanya dengan lebih lanjut. Katanya, "kereta ini perlu diperbaiki di bahagian-bahagian tertentu." Disebabkan aku menghormatinya sebagai rakan terpaksalah aku mengalah. Lagi pun dia bekerja sebagai "pomen" tentulah dia lebih arif perihal kereta.
Aku bukannya mahu mempertikaikan akan kepakarannya. Bukan pula tersentap akan komen yang diberi. Cuma apabila memberi teguran biarlah jelas. Sekurang-kurang dengan teguran tersebut segala kelemahan akan dapat diatasi. Jadi tidaklah ianya berulang lagi di lain hari.
Sehingga kini aku terus memikirkan dimanakah kerosakan keretaku ini. Bila dibawa ke bengkel sudah pasti "pomen" pun akan termenung panjang dan pastinya akan mengambil masa untuk menyelesaikan masalah keretaku ini. Bukankah itu membuang masa namanya sedangkan masalah tersebut dapat diatasi segera sekiranya teguran tersebut di perjelaskan dengan sebaik-baiknya.
P/S : Kehidupan ini penuh dengan warna-warninya. Terpulang kepada kita untuk mencorakkanya. Ketidakseimbangan yang timbul apabila kita kurang bijak dalam mengolah mengikut apa yang kita kehendaki.
Published with Blogger-droid v2.0.2




No comments:
Post a Comment