Namun begitu sikap dan keperibadiannya berbeza jika dibandingkan dengan pencapaian akademiknya yang cemerlang. Dia seorang murd yang enggan menghormati orang lain. Jika bersua dengan guru-guru sekolahnya, dia enggan memberikan salam. Sebaliknya dia akan memalingkan mukanya ke arah lain. Semasa sesi pembelajaran juga dia sering kali bersikap ego. Kenyataan guru sering dipertikai. Semua jawapan guru dikatakan salah. Hanya jawapan dan pandangannya sahaja yang diambil kira.
Akhirnya ada guru yang berkecil hati dan tanpa sedar, dia telah mengucapkan sesuatu yang tidak elok kepada murid tersebut. Semuanya berlaku disebabkan perbuatan biadap yang dilakukan oleh murid kepada guru itu. Dengan kehendak Tuhan, pelajaran murid ini semakin merosot dari sehari ke sehari. Dia tidak lagi cemerlang seperti dahulu.
Suatu hari dia tersedar akan ketelanjuran sikapnya. Dia bertaubat dan meminta maaf kepada guru-gurunya. Dia berjanji untuk tidak mengulangi lagi sikap tersebut. Atas kehendak Tuhan juga, keputusannya semakin hari semakin baik. Kini perwatakannya amat mengagumkan. Guru, ibu bapa dan orang yang lebih tua dihormati setiap masa. Ucapan salam tidak lagi lekang dibibirnya.
Kesimpulannya murid yang cemerlang perlu dinilai bukan sahaja pada pencapaian akademiknya sahaja malahan sikap dan sahsiahnya juga perlu diambil kira. Murid yang hebat akan menghormati sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi kepada guru-gurunya. Ke mana pun dia pergi, jasa orang lain sentiasa tersemat kukuh di sanubarinya. Sikap ikhlas perlu ada di dalam diri agar dirinya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Hormati-menghormati akan menjadikan murid ini sebagai insan terunggul di dunia dan di akhirat.
P/S : Kesal dengan sikap seorang murid yang terlampau kurang adab kepada gurunya. Mungkin dia merasakan yang dirinya hebat kerana bersekolah di sekolah yang ada nama....
No comments:
Post a Comment