07 October 2012

Boleh...Tak Boleh....


Sumber : Sinar Harian | Ahad | 7 Oktober 2012

Kata seorang pemimpin tersohor. Demonstrasi bukanlah budaya kita. Tapi laporan akhbar ini menyatakan boleh pula. Malah dipersetujui pula oleh YB ADUN Lintang. Mungkin kerana demo ini mendapat restu YB pemerintah maka digalakkanlah demo ini. Manakala yang lagi  satu pula atas sebab politik. Demo yang boleh mengugat pemerintah. Itu yg tidak dibenarkan. 

Lupakah kita bahawa penentangan terhadap penubuhan Malayan Union adalah disebabkan demonstrasi UMNO. Demo yang mendapat perhatian seluruh penduduk Tanah Melayu pada ketika itu.

Itulah kita suka sangat meminggirkan pelajaran sejarah. Kita juga malas untuk membaca sejarah atas alasan tidak berminat pada tarikh dan waktu. Alasan pelajar yang biasa didengar ialah kepala pening dan malas untuk mengingati angka-angka tersebut.

Sebab itulah hingga dewasa, kita mudah sangat ditipu.

P/S : Bangsa yang hebat lahir daripada sejarah yang hebat....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .