Selagi manusia masih bernyawa selagi itulah kita akan terus menghadapi ujian. Ujian ALLAH kepada hamba-NYA datang dalam pelbagai cara. Ada di kalangan kita yang menghadapi ujian dalam bentuk bencana. Pada saat ini hati menjadi dekat dengan ALLAH kerana musibah yang melanda. Tetapi sebagai manusia yang sering lalai, kita kembali melupakan ALLAH terutamanya apabila diri kembali dilimpahi dengan pelbagai nikmat.
Sebenarnya ujian yang paling getir adalah pada masa kita dilimpahi dengan kemewahan dan kesenangan harta benda. Pada masa ini hati terasa susah untuk melakukan amal ibadat. Masa untuk merintih kepada ALLAH SWT terlalu terhad. Hati kita terlupa untuk mengucapkan syukur kepada-NYA. Peluang pada saat diri dilimpahi rezeki dan nikmat tidak kita gunakan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Hati terasa berat untuk bersedekah. Perasaan takut dan bimbang terhadap harta kita yang mungkin menyusut.
Semoga hati kita sentiasa dijaga dan disuburkan dengan ilmu. Hanya ilmu yang dapat membentengi diri kita selama kita menumpang di dunia ini.
P/S : Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat yang sudi mengirimkan buku ini. Ternyata terlalu banyak ilmu yang diperolehi. Diri ini seolah-olah dikejutkan daripada lamunan. Kembali merenung akan kesilapan dan kelalaian yang telah dilakukan sebelum ini. Hidup adalah ujian. Adakah "aku" mampu melepasi ujian ini?
No comments:
Post a Comment