22 November 2012

McDonalds???



Teringat kepada salah satu tanda-tanda akhir zaman. Dajal akan turun untuk memperdayakan umat manusia. Bermacam-macam benda akan ditawarkan agar manusia menjadi kufur. Mampukah kita menghadapinya. 

Saat McDonalds (McD) menawarkan burger dengan percuma pun nafsu kita sudah tertewas. Hinggakan sanggup untuk berbaris panjang hanya untuk mendapatkan sebiji burger. Kita tidak sedar bahawa pada masa yang sama juga kanak-kanak, wanita dan orang-orang Gaza sedang menderita menghadapi Israel laknatullah.

Sedarlah bahawa sebenarnya McD tidak terjejas sedikit pun. Apa yang dibuat hanya untuk melihat sama ada McD mendapat sokongan atau pun tidak. Jika masih mendapat sokongan bermakna dana akan terus disalurkan bagi membantu perjuangan Israel untuk menghapuskan umat Islam di Palestin.

P/S : Belajarlah untuk mendengar dan mengkaji. Belajarlah juga untuk menjadi sensitif terhadap apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di serata dunia. Jangan hanya tahu mempersoal dan mempertikai. Ada sebabnya mengapa sesuatu itu perlu dilakukan....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .