26 November 2013

Ulama Dikeji, Munafik Dipuji....



Mereka inilah golongan yang selayaknya untuk kita memohon maaf atas ketelanjuran dan kebiadaban kita...

Sanggupkah kita? Atas sebab itu, janganlah kita hanya pandai dan petah berbicara mengenai kemaafan sedangkan kita tidak memahami kepada siapakah tempatnya yang layak untuk kita meminta maaf....

Alim ulama sebegini kita caci dan hina sedangkan mereka yang bergelumang dengan jalan syaitan kita puja dan sanjungi. Sesekali cuba kita pandang ke langit. Kita aktifkan minda agar dapat berfikir tentang bagaimana Islam di dalam diri kita.

Itu pun ada yang mendakwa mereka adalah ahli syurga sedangkan solat 5 waktu hanyalah sebagai tempelan dan lakonan semata-mata... lakonan yang dibuat semasa menghadapi musibah-musibah tertentu.

Orang Oh Orang....

P/S : Ilmu itu penting kerana ilmu memimpin kita ke jalan yang diredhai oleh ALLAH....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .