02 July 2018

Corat-coret Aidilfitri - Cerita 2

Keluarga Nenek Senah merupakan sebuah keluarga yang besar. Ramai di antara anak-anaknya yang sudah menerima menantu. Pabila bertemu sempena cuti hari raya, masing-masing akan bercerita tentang menantu masing-masing.

"Menantu aku tu rajin. Tak disuruh pun dia akan buat," Mak Bie memulakan perbualan.

"Samalah dengan menantu aku. Setakat ni, tak pernah membantah apa yang aku suruh. Segalanya dibuat dengan bersungguh-sungguh," Mak Limah menyampuk sama. Dia kemudiannya menyambung, "menantu kamu macam mana pula, Saonah? Aku tengok macam pemalu aja."

"Menantu aku tu baru lagi. Hari tu aku suruh dia mengecat rumah. Aku suruh Abang Man bagi tahu pada dia. Aku cakap kalau Abg Man kamu tak nak bagi tahu, aku yang akan memberitahunya sendiri..." cerita Saonah panjang-lebar.

"Abis tu... kau bagi tahu ke???" Tanya mereka serentak.

"Tak bagi tahu pun sebab cat pun tak beli lagi," jawab Mak Onah ringkas.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .