23 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Hari Ke-6.

Sekadar coretan kosong di saat otakku ligat berkerja pada masa tiada kerja yang boleh dilakukan...

Aristotle, seorang pemikir politik terkemuka telah mengatakan bahawa manusia adalah haiwan politik. Terlintas juga di dalam pemikiran mengapa beliau menggunakan frasa "haiwan politik".

Ungkapan ini ada kebenarannya kerana tingkahlaku manusia dalam berpolitik tidak ubah seperti seekor haiwan. Sentiasa berebut di antara satu sama lain. Masing-masing inginkan penguasaan terhadap kawasannya. Siapa yang gagah akan menjadi raja manakala yang lemah akan menjadi pengikutnya. Keadaan itu berterusan daripada zaman dahulu hingga sekarang. Haiwan tetap berperangai haiwan.

Kita juga berperangai demikian. Setiap masa dipenuhi dengan perkara-perkara politik. Tiada perkara yang tidak menjadi isu. Masing-masing ingin menunjukkan bahawa merekalah yang paling bijak. Tiada perkara yang tidak berada dalam pemikiran mereka. Segala cadangan daripada pihaknya sahaja yang terbaik. Cadangan orang lain dianggap sampah.

Lihat sahaja pada situasi yang melanda negara kita sekarang. Dalam keadaan kita bergelut menghadapi ancaman virus COVID-19 dan nyawa rakyat menjadi taruhan, kelihatannya beberapa pihak tidak berhenti-henti untuk mempolitikkan sesuatu perkara. Ada sahaja tomahan dan kecaman terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh pemerintah.

Sepatutnya dalam keadaan yang meruncing sekarang ini, kita perlu melupakan seketika pegangan fahaman politik masing-masing. Hentikan persengketaan. Kita bersatu tenaga untuk memberi sumbangan agar kita dapat melepasi suasana getir ini. Apabila berakhir kemelut ini, berpolitiklah kembali. Berbahaslah daripada perkara-perkara yang masuk melalui mulut hinggalah yang keluar daripada lubang dubur. Hanya benar-benar berhenti apabila nyawa terpisah daripada jasad.

Sebelum itu kita bantulah meringankan beban "frontliner-frontliner" kita. Mereka sanggup berkorban untuk memastikan wabak ini dapat dibendung agar kita dapat kembali hidup dalam keadaan yang normal. Tetapi kita...hanya tahu menggunakan media sosial untuk memperli, mengherdik, mangata dan menghina. Tidakkah kita terfikir bahawa suatu masa nanti mungkin kita, ibu atau ayah, suami atau isteri, anak-anak, dan orang disekeliling kita pula yang akan dijangkiti virus ini. Berpolitik setiap masa tidak akan memberikan kekuasan total kepada kita sebaliknya akan menyebabkan segala usaha untuk membendung wabak ini menemui kegagalan.

Bahkan ada dikalangan rakan-rakan atau jiran-jiran kita yang terjejas pendapatannya akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini. Mereka ini sangat-sangat memerlukan bantuan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tetapi apa peranan kita sshingga saat ini? Atau kita hanya membiarkan mereka kelaparan asalkan hati kita puas dalam mengamalkan politik kedai kopi semata-mata.

Haiwan pun adakalanya bersatu-hati apabila berhadapan dengan sesuatu konflik. Tetapi kita, asyik bercakaran sesama agama dan sesama bangsa. Cuba renungkan, siapa yang lebih baik... kita atau haiwan?

Akhir coretan, lihatlah pada data yang dikeluarkan pada petang ini, adakah politik tidak puas hati dapat menyelamatkan kita daripada wabak ini dan adakah politik itu mampu untuk membelikan kita vaksin andainya kita dijangkiti?

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .