06 June 2020
Memang ada Magisnya....
Selesai sudah melayan Haura. Sebuah cerita yang menarik. Bertemakan agama, kekeluargaan, dan kasih sayang.
Pada mulanya aku menyangkakan novel ini adalah "titik lemah" RAM. Sejak dibeli pada bulan Februari tahun, novel ini tidak aku sentuh. Aku kehilangan nafsu untuk membacanya. Aku beranggapan sentuhannya mestilah sama dengan karya-karya sebelumnya. Novel ini dibiarkan sahaja dalam keadaannya yang masih dibaluti plastik. Hanya tersusun rapi di rak buku bersama-sama dengan koleksi novel RAM yang lainnya.
Hanya pada minggu lepas aku memulakan pembacaannya. Itu pun sebelum tidur sebagai suatu "juadah" agar mataku mengantuk. Tetapi lain yang jadi apabila mata ini terus segar dan aku mampu meneruskan pembacaan sehingga ke beberapa bab. Saban malam aku tidur pada jam 2 pagi. Itu pun terpaksa dihentikan juga buat sementara waktu. Kemudian bersambung pula pada malam-malam seterusnya.
Rupa-rupanya sangkaan aku melesat sama sekali. Daripada satu bab kepada satu bab yang seterusnya aku dihambat dengan perasaan teruja untuk membongkar rahsia tentang siapakah Haura. Rupa-rupanya ada rahsia di sebalik rahsia. Segala permasalahan telah dirungkaikan dengan baik. Penjelasan tetap ada sehingga menjadikan kesudahan novel ini sesuatu yang tidak diduga sama sekali.
Pada perkiraanku novel ini sangat sesuai sekiranya diangkat menjadi sebuah filem atau paling tidak pun sebagai drama bersiri. Cuma syaratnya isi dan jalan penceritaan perlu dikekalkan dan tidak ditokok tambah atau diubah kerana itulah sebenarnya kekuatan yang ada kepada hasil karya Ramlee Awang Murshid.
Stranger...Haura The Little Angle... Haura The Little Star... adalah rahsianya
P/S : Nasi Lemak Sambal Sotong... Teh Tarik...membuatkan aku tidak sabar untuk berbuka puasa hari ke-6 dengan menu ini pada Maghrib nanti. Agak-agak ada ke....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa Aku...
SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .
Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .
Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .
Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .
Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Wassalam ... Adios ... Amigos ...
Pijul,
Pijul,
Ipoh , Perak .
No comments:
Post a Comment